Friday, July 30, 2010

mimpi yang sempurna

"lapo la.kita makan kat dome nak?orang kate lasagna dia sodap" kata tunang aku.

"jom.saya udah gaji.bolos saja dinding itu" balas aku dengan muka tersenyum selepas mendapat berita gembira pagi tu.jarang betul opis aku bagi gaji awal2 camni.bulan lepas slamber diorang je masuk 7 haribulan.so ni kena manfaatkan betul2 situasi ni.

"2 person.non smoking" ayat ni aku belajar dari akak aku time nak masuk madamn kwan beberapa tahun dulu.sampai skarang aku praktikkan. baru la nampak cam educated sket.maklum la klcc yaw.kadang2 aku datang kedai 5 orang pun aku cakap benda sama.

selepas membelek2 menu tanpa mengira harga aku pun panggil la minah ni.muka cam orang tempatan so aku cakap melayu je la.sebab bab speaking time order ni aku tak sempat nak belajar ngan akak aku.

"beef lasagna satu".kata tunang aku.
"err.. lasagna finished".kata waitress tu.skali bukan orang tempatan da.aku tengok muka cam orang budak gombak je.rupa2 nya negara asing yang aku saspek samada nepal atau pun vietnam.

hajat di hati datang situ semata2 nak try lasagna je.tapi apakan daya dah habis la plak.mungkin ini menandakan lasagna dia betul2 sedap

"ha..yang ni satu eh.'catch of the day'" sambil jari aku tunjuk kat tulisan kat menu ni.sebelah nya ada gambar hasil tangkapan laut.

"err..that is fish or chicken?".waitress tu tanya aku.

aik..ni kedai dia bukan kedai aku.so patut dia tahu la kot ikan ke ayam.nama pun da 'catch of the day'.mesti la seafood nye.takkan la ayam pun kena dikejar n ditangkap.aku dah saspek minah ni mesti baru start kerja kat sini setengah jam sebelum aku masuk kedai ni tadi.jangan la order aku ni tak sampai.huh.

lepas order air yang aku nampak cam sedap je.minah tu pun beredar buat kerja lain.

5 minit menjadi 10 minit.kemudian bertukar menjadi 15 minit.air pun tak sampai2 lagi.perut aku plak da main lagu kebangsaan perancis da ni.aku terus panggil minah lain untuk cek order aku kat belakang.tak sampai 2 minit minah tu datang bawak makanan aku.la..dah siap la rupanya.

"er..tadi order air ape eh?"tanyak budak tu.

huh..sangkaan ku tepat.kecewa aku.da macam kedai mamak la plak tanya order 2, 3 kali.aku terus bagitahu 2 air yang aku pesan. dan aku pesan skali suruh dia bungkus je air tu.

aku tengok jam kat hanset.8.20 pm.mintak2 la leonardo dicaprio tak sampai lagi......

bersambung....