Friday, July 30, 2010

mimpi yang sempurna

"lapo la.kita makan kat dome nak?orang kate lasagna dia sodap" kata tunang aku.

"jom.saya udah gaji.bolos saja dinding itu" balas aku dengan muka tersenyum selepas mendapat berita gembira pagi tu.jarang betul opis aku bagi gaji awal2 camni.bulan lepas slamber diorang je masuk 7 haribulan.so ni kena manfaatkan betul2 situasi ni.

"2 person.non smoking" ayat ni aku belajar dari akak aku time nak masuk madamn kwan beberapa tahun dulu.sampai skarang aku praktikkan. baru la nampak cam educated sket.maklum la klcc yaw.kadang2 aku datang kedai 5 orang pun aku cakap benda sama.

selepas membelek2 menu tanpa mengira harga aku pun panggil la minah ni.muka cam orang tempatan so aku cakap melayu je la.sebab bab speaking time order ni aku tak sempat nak belajar ngan akak aku.

"beef lasagna satu".kata tunang aku.
"err.. lasagna finished".kata waitress tu.skali bukan orang tempatan da.aku tengok muka cam orang budak gombak je.rupa2 nya negara asing yang aku saspek samada nepal atau pun vietnam.

hajat di hati datang situ semata2 nak try lasagna je.tapi apakan daya dah habis la plak.mungkin ini menandakan lasagna dia betul2 sedap

"ha..yang ni satu eh.'catch of the day'" sambil jari aku tunjuk kat tulisan kat menu ni.sebelah nya ada gambar hasil tangkapan laut.

"err..that is fish or chicken?".waitress tu tanya aku.

aik..ni kedai dia bukan kedai aku.so patut dia tahu la kot ikan ke ayam.nama pun da 'catch of the day'.mesti la seafood nye.takkan la ayam pun kena dikejar n ditangkap.aku dah saspek minah ni mesti baru start kerja kat sini setengah jam sebelum aku masuk kedai ni tadi.jangan la order aku ni tak sampai.huh.

lepas order air yang aku nampak cam sedap je.minah tu pun beredar buat kerja lain.

5 minit menjadi 10 minit.kemudian bertukar menjadi 15 minit.air pun tak sampai2 lagi.perut aku plak da main lagu kebangsaan perancis da ni.aku terus panggil minah lain untuk cek order aku kat belakang.tak sampai 2 minit minah tu datang bawak makanan aku.la..dah siap la rupanya.

"er..tadi order air ape eh?"tanyak budak tu.

huh..sangkaan ku tepat.kecewa aku.da macam kedai mamak la plak tanya order 2, 3 kali.aku terus bagitahu 2 air yang aku pesan. dan aku pesan skali suruh dia bungkus je air tu.

aku tengok jam kat hanset.8.20 pm.mintak2 la leonardo dicaprio tak sampai lagi......

bersambung....

Tuesday, June 15, 2010

tertarik

ingat orang je nak jadi tough.pasni bole la dia blasah anjing2 jalanan.

Monday, May 17, 2010

selamat hari guru

lokasi:asrama skola
waktu:10:45 malam
tahun:2001

suasana senyap n gelap.budak2 laki yang ponteng prep malam da ade kat blk.ade yang tengah berangan.ade yg tengah borak pasal awek junior yang sesuai untuk dijadikan adik angkat.tapi majoriti pemonteng tengah bergolek atas tilam. "Aku nk beli nasi lemak polek,sape nk pesan? 20sen" kate arjuna(bukan name sebenar.gile pujangga nama arjuna).lom sempat budak nak hulur duit, arjuna da blah sambil mulut bebel "taknak,sudah.beli sendiri".nasi lemak polek ni kira nasi lemak paling mantap kat skola gua dulu.makan satu memang tak puas.mesti kena ngap 2.baru syok layan tdo pas makan.sedap makan time panas2.terbaik.tukang jual tu plak warden aku bername gelaran "polek" yang duk kat ground floor tu je.dia pun tak tau org panggil dia polek.nanti2 aku cite sebab ape dia di gelar sebegitu rupa.

lupakan polek.bdak2 tengah layan nasi lemak.biasa makan kat tengah2 bilik berpandukan cahaya sayup2 koridor sebab lampu bilik tak leh bukak takut warden nampak ponteng.polek tak kisah sangat.asal duit masyuk sudah.cume warden lain la wat kecoh.cam biasa pas makan mesti pi pekena rokok sbatang dua.buat pelawas org kate.nampak kelibat segerombolan budak2 da stat balik menuju ke asrama menandakan tamatnye waktu prep malam.selesai basuh tangan kat toilet, arjuna dengan selamba badak dia bakar rokok@kapun(bahasa isyarat) sambil jalan kat koridor.kira nampak otai ler kalo junior nampak.kadang2 gelagat macam ni membuatkan junior2 ni da pasang hajat nak wat mende same gak time jadi senior nanti.

"YANG KAT ATAS TU. CIKGU NAK SEMUA TURUNNNN...." kedengaran suara cikgu abu(bukan name sebenar lagi) suruh budak2 turun.

dipendekkan cerita semua budak blok tu kena kumpul kat court badminton kat bawah blok.semua nye budak form 4 tak kira budak surau ke, budak bola ke, semua diarah turun ke gelanggang. ade selection main badminton ke tengah malam buta ni?

tiba2 cikgu abu terus panggil arjuna. "cikgu nampak kamu isap rokok tadi.dari bawah cikgu nampak tangan kamu merah menyala". sergah cikgu abu.arjuna tersengih2 malu seperti mengundang pelempang dari cikgu abu.kalo cikgu azlan memang dia da lempang da 8 kali darab 2.

"Oooo...itu cikgu.tu bukan rokok.er...tu sambal cikgu".balas arjuna dengan jawapan paling slamber aku penah dengar."Ooo...sambal ya?"balas cikgu abu dengan senyum sinis.

seraya dengan jawapan tu, malam tu satu batch kitorang diarah tdo kat tengah court badminton sampai pagi.cibai.

Wednesday, May 5, 2010

kemungkinan jersey man utd taun depan


dia punya design je la.tapi tang penaja tu tukar la AON. buat pengetahuan mamat kat atas ni bernama Ronan Keating.pompuan sure ade poster dia kat blk time kecik2 dulu. kalo tak kenal pegi layan AF.

Friday, April 2, 2010

penah x korang terfikir

1. Sylvester Stallone
2. Arnold susah nak eja
3. Jet Li
4. Jason Statham - the transporter
5. Bruce Willis
6. Steve Austin - stone cold 3:16 WWE
7. Dolph Lundgren - universal soldier
8. Mickey Rourke - org dulu2 mesti kenal. film baru dia iron man2 n the wrestler
9. Randy Couture - former UFC heavyweight champion

sume ni blakon dalam satu filem "The Expendables".amek ko.puas ati aku.hahaha...aku jadi gile jap. bulan august ni kuar.nak tak nak kena tengok jugak.director dia Sly jugak.tgk trailer gle gempak.pompuan x suke la kot.may be aku terpengaruh tgk cast list dia kot.tp based on name2 kat atas ni mane ade diorang mengecewakan aku stakat ni.skang sume bergabung tenaga dalam satu muvi.pergh....tp aku yakin babak diorang mesti dapat sorang sket aje.argh...aku tak kesah.aku nak tgk jugak.


Monday, March 22, 2010

50sen

weekend lepas aku n my fiance(huhu) on da way balik ke umah dari bukit jalil.sedang kami melalui jalan pulang menaiki si bulat(keta aku) ternampak lah kami sebuah banner besar lori tergantung kat bahagian atas sebuah kedai."50 sen" pastu ade la gambar barangan keperluan harian yg kompem x kan dapat 50 sen meskipun kat kedai peneraju harga rendah terunggul.kami teruja n aku pn terus memberi signal menuruju ke pasaraya dan parking betul2 depan kedai tu.hajat kami satu, beli barang yg harga 50 sen saja.

mula2 kami jumpa crab stick dgn harga 50 sen.kami ambik 2 paket.aku terus mencapai bakul untuk memborong lagi ape yg patut.pastu nampak kertas fotostat yg menyerupai banner kat luar tu.sabun basuh pinggan 500ml.menarik.sebaik tiba d rak aku trus capai 2 botol sunlight promotion tu.seterusnya 100plus 1.5ltr.aik...nk bankrup ape kedai ni jual 100plus besar 50sen.gile ape.ah..aku x peduli.alamak abes.btul2 berjaya la promotion 50 sen diorang ni."ade lagi, ade lagi" nasib baik tunang aku prasan ade lagi man2 2 botol 100plus yg tinggal tersorok sket kat bahagian dalam rak tu.terus aku angkat dua2 masuk dlm bakul.

tiba2.kami terperasan ade manila kad terpampang btul2 kat rak air tu.

"promosi hanya sah untuk pembelian rm 30 dan ke atas.promosi ini terhad kepada satu barang bagi setiap pembelian serta tertakluk kepada terma dan syarat".

aku usha balik kertas fotostat td.aku amati btul2 ayat yg same tertulis kat bahagian bawah kertas tu.

cilakak.aku trus letak bakul td kat tempat tisu dan terus keluar kedai."baik nye pancing".pastu ktorg terus tuju kedai makan.aku amek lontong penuh satu mangkuk.aritu diet aku tercemar.huh.

Wednesday, March 17, 2010

mamat ni lepas lg.wtf

gua da bertambah panas. apa2 hal lu baca la ini >> link



kepada fan man utd. hope korg layan blog ni >> link