Friday, July 30, 2010

mimpi yang sempurna

"lapo la.kita makan kat dome nak?orang kate lasagna dia sodap" kata tunang aku.

"jom.saya udah gaji.bolos saja dinding itu" balas aku dengan muka tersenyum selepas mendapat berita gembira pagi tu.jarang betul opis aku bagi gaji awal2 camni.bulan lepas slamber diorang je masuk 7 haribulan.so ni kena manfaatkan betul2 situasi ni.

"2 person.non smoking" ayat ni aku belajar dari akak aku time nak masuk madamn kwan beberapa tahun dulu.sampai skarang aku praktikkan. baru la nampak cam educated sket.maklum la klcc yaw.kadang2 aku datang kedai 5 orang pun aku cakap benda sama.

selepas membelek2 menu tanpa mengira harga aku pun panggil la minah ni.muka cam orang tempatan so aku cakap melayu je la.sebab bab speaking time order ni aku tak sempat nak belajar ngan akak aku.

"beef lasagna satu".kata tunang aku.
"err.. lasagna finished".kata waitress tu.skali bukan orang tempatan da.aku tengok muka cam orang budak gombak je.rupa2 nya negara asing yang aku saspek samada nepal atau pun vietnam.

hajat di hati datang situ semata2 nak try lasagna je.tapi apakan daya dah habis la plak.mungkin ini menandakan lasagna dia betul2 sedap

"ha..yang ni satu eh.'catch of the day'" sambil jari aku tunjuk kat tulisan kat menu ni.sebelah nya ada gambar hasil tangkapan laut.

"err..that is fish or chicken?".waitress tu tanya aku.

aik..ni kedai dia bukan kedai aku.so patut dia tahu la kot ikan ke ayam.nama pun da 'catch of the day'.mesti la seafood nye.takkan la ayam pun kena dikejar n ditangkap.aku dah saspek minah ni mesti baru start kerja kat sini setengah jam sebelum aku masuk kedai ni tadi.jangan la order aku ni tak sampai.huh.

lepas order air yang aku nampak cam sedap je.minah tu pun beredar buat kerja lain.

5 minit menjadi 10 minit.kemudian bertukar menjadi 15 minit.air pun tak sampai2 lagi.perut aku plak da main lagu kebangsaan perancis da ni.aku terus panggil minah lain untuk cek order aku kat belakang.tak sampai 2 minit minah tu datang bawak makanan aku.la..dah siap la rupanya.

"er..tadi order air ape eh?"tanyak budak tu.

huh..sangkaan ku tepat.kecewa aku.da macam kedai mamak la plak tanya order 2, 3 kali.aku terus bagitahu 2 air yang aku pesan. dan aku pesan skali suruh dia bungkus je air tu.

aku tengok jam kat hanset.8.20 pm.mintak2 la leonardo dicaprio tak sampai lagi......

bersambung....

Tuesday, June 15, 2010

tertarik

ingat orang je nak jadi tough.pasni bole la dia blasah anjing2 jalanan.

Monday, May 17, 2010

selamat hari guru

lokasi:asrama skola
waktu:10:45 malam
tahun:2001

suasana senyap n gelap.budak2 laki yang ponteng prep malam da ade kat blk.ade yang tengah berangan.ade yg tengah borak pasal awek junior yang sesuai untuk dijadikan adik angkat.tapi majoriti pemonteng tengah bergolek atas tilam. "Aku nk beli nasi lemak polek,sape nk pesan? 20sen" kate arjuna(bukan name sebenar.gile pujangga nama arjuna).lom sempat budak nak hulur duit, arjuna da blah sambil mulut bebel "taknak,sudah.beli sendiri".nasi lemak polek ni kira nasi lemak paling mantap kat skola gua dulu.makan satu memang tak puas.mesti kena ngap 2.baru syok layan tdo pas makan.sedap makan time panas2.terbaik.tukang jual tu plak warden aku bername gelaran "polek" yang duk kat ground floor tu je.dia pun tak tau org panggil dia polek.nanti2 aku cite sebab ape dia di gelar sebegitu rupa.

lupakan polek.bdak2 tengah layan nasi lemak.biasa makan kat tengah2 bilik berpandukan cahaya sayup2 koridor sebab lampu bilik tak leh bukak takut warden nampak ponteng.polek tak kisah sangat.asal duit masyuk sudah.cume warden lain la wat kecoh.cam biasa pas makan mesti pi pekena rokok sbatang dua.buat pelawas org kate.nampak kelibat segerombolan budak2 da stat balik menuju ke asrama menandakan tamatnye waktu prep malam.selesai basuh tangan kat toilet, arjuna dengan selamba badak dia bakar rokok@kapun(bahasa isyarat) sambil jalan kat koridor.kira nampak otai ler kalo junior nampak.kadang2 gelagat macam ni membuatkan junior2 ni da pasang hajat nak wat mende same gak time jadi senior nanti.

"YANG KAT ATAS TU. CIKGU NAK SEMUA TURUNNNN...." kedengaran suara cikgu abu(bukan name sebenar lagi) suruh budak2 turun.

dipendekkan cerita semua budak blok tu kena kumpul kat court badminton kat bawah blok.semua nye budak form 4 tak kira budak surau ke, budak bola ke, semua diarah turun ke gelanggang. ade selection main badminton ke tengah malam buta ni?

tiba2 cikgu abu terus panggil arjuna. "cikgu nampak kamu isap rokok tadi.dari bawah cikgu nampak tangan kamu merah menyala". sergah cikgu abu.arjuna tersengih2 malu seperti mengundang pelempang dari cikgu abu.kalo cikgu azlan memang dia da lempang da 8 kali darab 2.

"Oooo...itu cikgu.tu bukan rokok.er...tu sambal cikgu".balas arjuna dengan jawapan paling slamber aku penah dengar."Ooo...sambal ya?"balas cikgu abu dengan senyum sinis.

seraya dengan jawapan tu, malam tu satu batch kitorang diarah tdo kat tengah court badminton sampai pagi.cibai.

Wednesday, May 5, 2010

kemungkinan jersey man utd taun depan


dia punya design je la.tapi tang penaja tu tukar la AON. buat pengetahuan mamat kat atas ni bernama Ronan Keating.pompuan sure ade poster dia kat blk time kecik2 dulu. kalo tak kenal pegi layan AF.

Friday, April 2, 2010

penah x korang terfikir

1. Sylvester Stallone
2. Arnold susah nak eja
3. Jet Li
4. Jason Statham - the transporter
5. Bruce Willis
6. Steve Austin - stone cold 3:16 WWE
7. Dolph Lundgren - universal soldier
8. Mickey Rourke - org dulu2 mesti kenal. film baru dia iron man2 n the wrestler
9. Randy Couture - former UFC heavyweight champion

sume ni blakon dalam satu filem "The Expendables".amek ko.puas ati aku.hahaha...aku jadi gile jap. bulan august ni kuar.nak tak nak kena tengok jugak.director dia Sly jugak.tgk trailer gle gempak.pompuan x suke la kot.may be aku terpengaruh tgk cast list dia kot.tp based on name2 kat atas ni mane ade diorang mengecewakan aku stakat ni.skang sume bergabung tenaga dalam satu muvi.pergh....tp aku yakin babak diorang mesti dapat sorang sket aje.argh...aku tak kesah.aku nak tgk jugak.


Monday, March 22, 2010

50sen

weekend lepas aku n my fiance(huhu) on da way balik ke umah dari bukit jalil.sedang kami melalui jalan pulang menaiki si bulat(keta aku) ternampak lah kami sebuah banner besar lori tergantung kat bahagian atas sebuah kedai."50 sen" pastu ade la gambar barangan keperluan harian yg kompem x kan dapat 50 sen meskipun kat kedai peneraju harga rendah terunggul.kami teruja n aku pn terus memberi signal menuruju ke pasaraya dan parking betul2 depan kedai tu.hajat kami satu, beli barang yg harga 50 sen saja.

mula2 kami jumpa crab stick dgn harga 50 sen.kami ambik 2 paket.aku terus mencapai bakul untuk memborong lagi ape yg patut.pastu nampak kertas fotostat yg menyerupai banner kat luar tu.sabun basuh pinggan 500ml.menarik.sebaik tiba d rak aku trus capai 2 botol sunlight promotion tu.seterusnya 100plus 1.5ltr.aik...nk bankrup ape kedai ni jual 100plus besar 50sen.gile ape.ah..aku x peduli.alamak abes.btul2 berjaya la promotion 50 sen diorang ni."ade lagi, ade lagi" nasib baik tunang aku prasan ade lagi man2 2 botol 100plus yg tinggal tersorok sket kat bahagian dalam rak tu.terus aku angkat dua2 masuk dlm bakul.

tiba2.kami terperasan ade manila kad terpampang btul2 kat rak air tu.

"promosi hanya sah untuk pembelian rm 30 dan ke atas.promosi ini terhad kepada satu barang bagi setiap pembelian serta tertakluk kepada terma dan syarat".

aku usha balik kertas fotostat td.aku amati btul2 ayat yg same tertulis kat bahagian bawah kertas tu.

cilakak.aku trus letak bakul td kat tempat tisu dan terus keluar kedai."baik nye pancing".pastu ktorg terus tuju kedai makan.aku amek lontong penuh satu mangkuk.aritu diet aku tercemar.huh.

Wednesday, March 17, 2010

mamat ni lepas lg.wtf

gua da bertambah panas. apa2 hal lu baca la ini >> link



kepada fan man utd. hope korg layan blog ni >> link

Thursday, March 11, 2010

mamat ni slalu lepas

memang dari dulu lagi aku x suke ngan mamat sorang ni link. drogba dulu mencarut pn kena banned.ronaldo pn kena.

maybe dia cakap "baru 2 kali ref". tapi aku dgr cte time ni dia ckp "*%^$#@%".dah anak kesayangan england.mmg xkan kena action la.er.. pada yg xtau.isyarat tangan di atas adalah salah satu perbuatan mencarut.

Thursday, March 4, 2010

minor operation

gua malas nk cte byk.lu org layan la gambar ni.

Wednesday, February 10, 2010

slamber

1. gua reject keja tempat baru
2. gua stay tempat lame

petaling/street: gua baru kompem ngan company skang ni. gle ape baru kompem da nak resign.

Monday, February 8, 2010

perbualan melalui pesanan ringkas

A: oit.da ptong rmbut.jd x dia amek ko blakon?
B: Heh.mana tau lg.nanti dia call dia kabor.
A: hoho.moga aok brjaye.keh ade keja sat.nt da glemer jgn lupe org kg.eh..silap.rakan sbaye.
B. Haha.cilaka.ok.nanti keh sebut nama aok time anugerah skrin.

Thursday, February 4, 2010

perkara yg mungkin pernah berlaku

A: teman nk p kencing sat
B: hish dia ni. pegi kencing pn nk berteman. sorang2 sudah.
A: ?????

shuffle

baik lu org men timbang bola.untung2 bole gaji byk cam ronaldo kalo terer men bola.

Wednesday, February 3, 2010

....

gua da delete entry ni. sedey sgt. kan blog ni utk happy2

Friday, January 29, 2010

er...pindah lagi

arini gua happy.
1. bangun pagi subuh gajah kul 7 lebey
2. cek gaji da masuk. (satu da happy)
3. siap2 barang interview yg da d print org tersayang
4. mandi siap2 kul 8.50 kuar umah pki baju belang2 tie merah
5. benti kejap kat umah sampah sbab nak dgr gotcha cal. dlm dilema time tu either nk buang sampah ke nak tunggu smpi abes gotcha.
6. benti lg kat petronas beli roti. kuar duit.
7. memandu ke arah utara smbil mkn roti hotdog buatan hi5. layan gak ade sosej blackpaper
8. smpi uptown. lepak kat parking smbil dgr radio smpi kul spuloh
9. trun bawah cari building.
10. santapan ke 2 d mcd
11. masuk bilik interview
12. kuar bilik senyum
13. smayang jumaat kat puchong. sib baik xde bdak opis nmpk
14. singgah klinik amek mc
15. smpi umah men game
16. ade org cal ckp success
17. aku senyum smpi skang

Monday, January 18, 2010

raub o raub

berkisar pada sekitar taun 2000 di sebuah pekan kecil bernama raub. ari sabtu. masa untuk kuar ke bandar raub yg pada masa tu adelah pekan koboi kecil tanpa lrt yg terdekat ngan skola aku. time tu bdak2 da xsabo sgt nk ke bandar mencari ape yg patut. mmg patut la pn excited sbb peristiwa ni hanya berlaku skali setiap 2 minggu. ade yg nk beli sabun. ade yg nk mkn kfc(time tu tgh hot deli burger). ade yg nk men snooker. majority nk cari pendekar laut edisi terbaru d pasaran. ade gak yg nk beli stok rokok yg da abes simpan kat atas siling. tp feveret letak kat poket baju je dlm pakaian unit beruniform. tp kalo time nk bawak masuk terpaksa la buh dalam roti gardenia. xpn buh dalam tin biskut. pas abes je inspection bdak2 sume siap berbaju batik dan ber T-shirt putih kat dalam trus tunggu bas kat bus stop kat luar skola. fungsi T shirt tu biasanya adalah untuk d tuka supaya org x cam la tu bdak skola aku kuar outing. so kurang la report2 yg x sedap d dengari oleh guru2 kalo masyrakat nampak bdak2 ni mencemarkan paru2 serta menurunkan index kualiti udara.

smpi je kat raub ade satu port nama dia happy fried chicken kalo x silap aku la.ke happy chicken je. ntah la.aku pn da lupa. mungkin daya ketahanan minda aku ni da kurang sket sebab tiap2 ari dok kat dlm blk server. mana x beku pala otak. berbalik d lokasi kejadian. smpi je kat ctu aku terus tuju port makan tanpa air cond kat area blakang sket. bdak rmi da ade kat ctu order mkan cam org kena loteri damacai. x kurang gak yg da light on ngan asap berkepul kuar cam naga. aku cam biase akan minum yg murah2 je. kadang2 aku pau aje air sape2 yg ade kat ctu. tp kali ni aku order horlick ais, sejenis minuman yg xdpt d rasai kalo terperap aje kat asrama.

sedang lepak membaca komik2 yg bdak2 ni beli, satu persatu kutu2 ni blah. men kuar masuk je kedai tu wat macam dewan makan plak. tgk sume org da blah tinggal la aku n mber aku ni 2 org je. aku pn bergerak menuju ke arah kaunter yg terletak d pintu dpan.

pas meber aku bayar dia nye makan aku pn kuarkan wallet genggam kat tangan. akak tu pn kuarkan la kertas order td sambil tanye "makan ape?".

aku ngan slamber je jawap "horlick satu, brape eh kak?".

"aik. tak makan ke. ni ade nasi goreng pataya 2 x bayar lagi ni. ha..air tembikai pn ade satu x bayar lg ". akak tu membalas.

"oo...yg tu. mamat tu ade kat dlm toilet. jap lg kuar la tu".aku jawap sambil hulur 5 ringgit. akak tu pulang baki duit dan aku wat muka slamber blah tanpa cek duit balance. mata aku melirik sket kat pintu toilet kat blakang yg terbuka tanpa penghuni. hati aku bentak. babi, celaka mane la x bayar td. makan kat kedai pun nak credit.

zaman skola

korg igt lg x time kecik2 men "ABC"....
satu permainan yg agak menguji minda. game ni ade byk kategori. binatang la, name negara la, pemain bola sepak pn bole jd. so kategori permainan perlu mendapat persetujuan semua pemain. mula2 otai akan ckp "A,B.....C". pastu sume letak tgn kat lantai sambil menyorokkan beberapa jari. yg otai td tu akan kira la jari guna abjad bermula huruf A sampai la ke jari yg terakhir. smpi je jari terakhir semua pemain dgn gaya kelam kabut masing2 akan menyebut la name/perkataan berdasar kan huruf permulaan yg bermula dgn huruf terakhir yg d kira td. (huh..ape aku ckp ni). sape yg paling lambat atau org terakhir bg jawapan akan diangkap terkeluar atau tewas. kemudian bermula la round baru. permainan akan berlanjutan sehingga one on one. sape menang memang kira nya IQ dia tinggi la. biasa yg kaki baca surat khabar memang slalu ajak gua men benda ni. game ni kira setaraf gak la ngan game lawan pemadam yg akan menghasilkan pendapatan lumayan seperti satu bekas pensel yg penuh dgn pemadam pelbagai negara. tp game ni still xleh lawan game ceper aka. tutup botol@oren. jamban seratus...mmg steady.

Thursday, January 14, 2010

man utd not man u

ManU is not a term United fans refer to themselves as. The term is only used by other supporters as a complete and utter insult to our club. The "u" is meant to be "you" by the rival fans.

An early example of its usage is this chant by West Brom fans: "Duncan Edwards is manure, rotting in his grave, man you are manure- rotting in your grave". The origin of "ManU" is a song to insult the dead Duncan Edwards.

Liverpool and Leeds fans copied this with their own man you /u versions to insult all of the lads who died at munich.

"ManU ManU went on a plane ManU ManU never came back again"

and..

"ManU Never Intended Coming Home" (if you combine the first letter of each word you get the word "munich").

I hope this makes it clearer that saying manU is an insult, particularly to the older supporters and to see United fans using it now is shameful. I hope a few might read this, understand and spread the word.

So... Please REFRAIN from using this term ever again!

Tuesday, January 12, 2010

wtf again

apahal la org malaysia ni ade yg blagak sgt.kalo lu keja service punya line lu kena la asists customer.lu tua ke muda ke gua peduli ape.da tu keja lu.ckp da la cam dlm kelambu.mmg btul la org melayu ni kalo da up sket blagak bukan men.patut la brader depan gua td ckap cam x puas ati je.gua igt brader tu mereng.rupanya lu nye ayat sket nye annoying.menyirap je gua dengar.lu baru duk kat bank da wat mcm duit dlm bank tu lu punye.wtf.

Saturday, January 2, 2010

kepada fan liverpool

tahniah la torres dapat score byk.50 league goal dlm 72 game.the only reds yg buat camtu.tapi ktorg xnk kecoh byk.da.baca ni ->petikan .err..ade org len ke yg bole score kat liverpool tu?dulu kata ktorg bergantung sgt kat ronaldo.tp lu org lg la bergantung gle kat torres tu.injured2 pn masuk gak men.

nota kaki:
liverpool= torres+gerrard+9 skittles;
if torres n gerrard injured;
liverpool=9 skitel + 2 skittles;

apa jadah

petikan kosmo
apa la yg diorang pikirkan.singkat betul pemikiran orang2 bijak kat malaysia ni.aku x stuju.keluar statement cam xpikir dulu.patut la bersidang x abes gaduh aje.ops..lupa lak.patut la time debat aritu sayur je mamat ni.

Friday, January 1, 2010

2010

gua malas nk ckp byk pasal azam n harapan.
1. gua nk man utd menang league taun ni.
2. satu lg gua nk kawen.